Selasa, 19 Mei 2009

gLoBaLiSaSi

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.
Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga buruh.

Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.

0 komentar:

Posting Komentar

Love is...
© TmEn-TmEn LIhAt bLoG QuU YaWh ( WhIeNdHabLog) - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace